Rabu, 17 Mac 2010

BLOGGER SENJALIZA DI KECAM KERANA BERAT SEBELAH


Di kalangan blogger Sabah..blog Senjaliza.Blogsport sudah tidak asing lagi kerana lebih duluan Imbang Penuh'amakan garam' dari blogger lain. Tetapi blog ini dilihat terbawa-bawa oleh stail blogger semenanjung yang anti parti politik tertentu sehingga mengenapikan etika penulisan. Perkataan seperti bangsat, sial dan macam-macam lagi sudah biasa ditemui.



Dengan mengharapkan agar blognya mendapat perhatian, maka blogger Senjaliza yang kalau di ikutkan posting terbaru Watababai.Blogsport adalah bekas kepada setiuasaha politik Tan Sri pandikar Amin yang juga sekarang telah bersara dan berkerja sebagai pensyarah sambilan OUM. Iaitu Kibin Samad. Beliau ini (blog Senjaliza) tidak langsung menimbang dgn akalnya sebaliknya bersembunyi di sebalik gamar perempuan .



blogger di KB juga sudah tidak suka dengan blogger senjaliza yang suka mengaibkan dan mempersendakan orang lain terutama pemimpin Pembangkang..sedangkan banyak isu yang sepatutnya boleh dipaparkan secara adil dan berhemah.

Kecaman ini boleh dilayar di alamat berikut :http://suarakeramat1.blogspot.com/.

Jumaat, 12 Mac 2010

SIAPA BAKAL CALON PAS DI KOTA BELUD ?


Sesiapa yang pernah melalui tahun 1986, mungkin tidak akan melupai bahawa pada tahun itu PAS telah 'menurunkan' calon dalam kawasan Parlimen Kota Belud. Calon pilihanraya tersebut adalah orang tempatan iaitu Allahyarham Jamlidi Oli iaitu abang kepada Sdr. Musli Oli, seorang penulis anak kelahiran daerah Kota Belud yang juga sekarang ini aktif berpolitik dalam bahagian UMNO berkenaan. Perkembangan ini telah membawa kepada penubuhan Dewan Pemuda PAS Sabah pada 13.November.1988. yang dirintis oleh golongan muda yang berkerja di Jabatan -Jabatan kerajaan dan swasta. Muktamar yang pertama telah diadakan pada tahun 9189 di pusat Tarbiyah Kota Kinabalu. Parti PAS mula bergerak secara perlahan di sekitar 4 daerah iaitu Tawau, Kota Belud,sandakan dan Kota Kinabalu. Dan sehingga kini KOTA BELUD dilihat sebagai daerah yang berpotensi besar untuk PAS merampas kerusi peringkat DUN dan sekurang-kurangnya mengurangkan majoriti calon lain di kawasan Parlimen.




Antara kawasan DUN di daerah Kota Belud, yang ditandingi ialah DUN USUKAN dan DUN TEMPASUK. Ini kerana kedua-dua DUN berkenaan majoriti penduduknya ialah dari suku Bajau dan Iranun yang beragama Islam. DUN KADAMAIAN dikatakan sukar ditembusi kerana penduduknya yang non-muslim. Dalam Pilihanraya yang lepasa USUKAN telah ditandingi oleh calon PAS dari suku Iranun, tetapi gagal mendapat kepercayaan untuk diangkat sebagai wakil rakyat di kawasan itu. Sejarahnya akan tercatat, bahawa rakyat di kawasan berkenaan setidak-tidaknya sudah melihat perjuangan parti Islam itu. Sebagai permulaan, di daerah Kota Belud, sudah ditubuhkan sebuah pusat tarbiyah atau sekolah Pondok berasaskan pengajian sistem pondok seperti di semenanjung iaitu di Kg. Rosok yang diberi nama pondok Fil Zilalil Quran sebagai persediaan melahirkan pejuang islam yang bertakwa di masa hadapan.




Orang Kota Belud juga pernah menyandang Jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS negeri Sabah iaitu Allahyarham Datu Bandira Datu Alang juga dari suku Iranun. Perjuangan PAS di Kota belud ini masih lagi diteruskan oleh beberapa orang dari suku ini. Dan bakal diramalkan, pada PRU-13, nanti daerah Kota Belud sekali lagi akan menjadi gelanggang calon PAS dari anak tempatan sendiri untuk menawarkan diri sebagai pilihan kepada masyarakat setempat untuk memilih pemimpin. Siapakah tokoh yang disebut-sebut itu..?