Khamis, 22 Julai 2010

BERIKAN RUANG KEPADA MUSLI OLI UNTUK MEMBERI PENJELASAN !


Saya tetap masih mengikuti kes/skandal antara blogger Seliu-liu iaitu Sdr Azrone dengan blogger Sekali Ketuk, sdr Musli Oli. Nampak gayanya serangan demi serangan dilakukan kepada Musli Oli melalui beberapa blog seperti Siti Farhana, Lamad diki dan seliu-liu sendiri. Serangan itu tidak pastilah sama ada kena pada sasaran atau melencong dan menjadi peluru sesat yang boleh menyebabkan kecederaan kepada orang lain.

Al kisahnya bermula bila Azrone mendakwa Musli Oli mencadangkan pemecatannya sebagai wartawan Berita Harian dalam Facebook. Sejak itu pelbagai cerita panas Musli Oli dikeluarkan melibatkan kerjaya awalnya di Kastam dan juga beberapa cerita lama yang diberikan nafas baru.

Setakat ini Musli Oli lebih suka mendiamkan diri dan tidak mahu terlibat dalam 'perang saraf' yang dikatakan oleh beliau sebagai membuang masa dan tidak patut dilayan. Walau bagaimana pun cerita ini telah sedikit sebanyak menjejaskan reputasinya sebagai salah seorang penggiat politik di KB, selain menjadi pengerak kepada beberapa NGO di negeri dan di negara ini.

Saya berpendapat agar Musli Oli diberikan ruang yang secukupnya untuk memperjelaskan keadaan yang berlaku, supaya tidak timbul tanggapan negatif keatas beliau. BERIKAN MUSLIOLI RUANG UNTUK MEMBERI PENJELASAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan