Rabu, 25 November 2009

SIAPA SYAITAN /IBLIS BAGI MUSRAM RAKUNMAN?


Seorang yang dihormati tidak akan sampai melontarkan rasa kesyaitanan yang sebegitu. Kerana apabila ada orang yang mempertikaikan mengenai kewajarannya mendapat bantuan daripada YB tempat dia mengampu, maka dia melenteng, dia marah, dia berdendam,dia memaki ..sehingga melabelkan blogger KB yang tidak beridentiti sebagai syaitan dan Iblis. Ituah MUSRAM RAKUNMAN ,yang pernah juga berselindung di sebalik blog tidak beridentiti DAYANGWULAN..

Amat malang dan sedih kerana, pada asasnya MUSRAM tidak suka ditegur, tidak suka diambil tahu, tidak suka dipertikai...kenapa seorang yang terpelajar, seorang yang rapat dengan YB KB, seorang bekas kakitangan Kerajaan dan swasta, seorang ahli pemikir, seorang penganalisis..begitu melenteng apabila blogger KB, mempersoalkan dia dapat projek membaiki jalan raya menuju di rumah mertuanya di Rampayan Ulu.

Blogger termasuk palingberani, dan Berani kerana benar , Sitti farhana, dan beberapa lagi..masing-masing membuat post istimewa buat MUSRAM apabila dia sendiri merakamkan kegembiraannya memperolehi peruntukan DUN daripada Datuk Musbah sejumlah RM 6000. Kewajarannya itu dipertikaikan kerana ramai lagi yang memerlukan bantuan sedemikian berbanding MUSRAM seorang yang sudah lama mengecapi nikmat kesenangan Wang Kerajaan yang sebenarnya wang rakyat...?

Perhatikan coretan MUSRAM ini...

"....manusia yang tidak terpengaruh dengan kelibat syatitan ini, adalah manusia yang dikurniakan ketahanan diri. Syaitan akan terus menggodanya, sehinggakan orang yang dicemburui tersebut bertindak balas. Kalau yang cemburu itu memaki hamun dan membuat fitnah, maka orang yang dicemburui tadi bertindak lebih ganas lebih dahsyat, maka bertempik lah syaitan atau iblis,kerana berjaya.

Sama lah para bloger Kota Belud yang tidak beridentiti.. dalam fikiran mereka, hanya satu.. hentam sahaja.. kerana tiada yang kenal,kerana gambarpun tiada, nama sebenarpun tiada. Kerana itu lah mereka mengubah diri mereka dalam kelompok syaitan/iblis..."

Ulasan saya:

Bagaimana dgn tindakan MUSRAM menggunakan Blog DAYANGWULAN untuk menghentam para pemimpin dan orang perseorangan dulu..termasuk beberapa blogger hingga menimbulkan kerisauan..Tetapi yang peliknya ialah ada Blogger yang kena hentam oleh MUSRAM tidak sampai memaki ,mencaci dan mencarut sehingga malabelkan orang lain sebagai Syaitan dan Iblis.

Maka itu kita dapat mengetahui bagaimana sebenarnya MUSRAM RAKUNMAN ini..patutlah kedudukan yang pernah dipinjamkan oleh Allah SWT kepadanya suatu ketika dulu tidak bertahan lama. Nilailah sendiri...!

"....Manusia syaitan/iblis seperti mereka hanya suka kalau orang yang membantu rakyat akan terus terpinggir, kerana ilmu syaitan/iblis adalah demikian. Manusia seumpama ini, hanya dikurniakan akal dan fikiran untuk merosak, kerana itu..apapun perbuatan mereka, betapa rajinnya pun mereka,hidup mereka tetap tidak berkembang dan tidak maju. Kalau dahulu dapat makandan minum, demikianlah hingga ke akhir hayatnya.

Saya telah terbiasa dianyaya, namun hingga kini walaupun tanpa sebarang jawatan.. saya tetap boleh hidup seperti orang lain. Orang yang menganyaya saya malah hidup lebih teruk dan ada yang telah lumpuh dan mati.
..."

Saya hairan dan sedih membaca perenggan ini, kerana seolah-olah blogger di KB yang menjatuhkan dia dulu..seolah-olah blogger di KB yang menganiyakan dia...

MUSRAM....
Berfikirlah semula..kerana anda semakin tua dan kerana itu bekaplah dewasa melayan blogger di KB yang jauh lebih muda dari anda...



10 ulasan:

  1. Idahan..

    kadang-kadang tulisan kita itu adalah manifestasi dari rasa marah yang meluap...

    BalasPadam
  2. ziarah sdri Idahan..

    saya ada juga paparkan mengenai hal ini tetapi mungkin sdr Musram salahertikan.

    BalasPadam
  3. salam idahan,
    apapun yang diposting oleh blogger itu rasa hatinya
    dan pembaca pula bebas mengkritik atau memuji. terpulang pada kita untuk menilai dan menyimpulkannya samada percaya atau tidak,bersetuju atau tidak. itu hak masing-masing dalam dunia cyber. saya juga tidak pertikaikan posting idahan ini, dan kita harus berfikir mengikut penilaian kita. akhirnya kebenaran akan ditunjukkan juga. dengan tulisan saudara ini blogger kb dapat menilai paparan saudara cara menulis. samada percaya atau tidak itu hak blogger. satu posting harus diambil berat oleh blogger KB.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  9. ngam kita abunawas.ako tida kanal kao.kao pun tida kanal ako.somo somo kiti muat bloger kb jadi ransak. setigad kiti.. nyak run nabar. sepatai kiti nyak run nabar.kao suda abis betapa selidik itu musram. ako pulak suda selidik ito ruslan.

    musram ito ako balum batol batol tao.kalo ako suda tao baro dapat antam.sakarang ako tao itu ruslan. azrone sikit sikit.ako akan hantam siapa saja antam pamimpin kota belud.

    bloger kb one one ako selidik. ako tau nanti ako antam. ako bacha bloger kb, bnyak bagus, tapi bloger ta ada blog, masam abunawas.. memang bagos. betapa dapat ilmo dan sarita musram. ako sukak sarita ini.mula ini hari ako cari sarita musram ini.mungkin ini urang important. kalo tida important, mna mungkin jau jau ito abunwas betapak cari ito sarita musram.

    kalo ruslan mansor ako tiada betapa bacha blog kb.blog kawan-kawan dia, all pujik itu ruslan, in the mean time kasi bosok itu datuk salleh, kasi bosok pandikar.

    kao sarita abunawas itu blog dayanggwulan ada kasi borok itu pamimpin. ako balum jumpa. semua sarita politik. ako masok itu blog dayanggwulan 2 jam sari sarita tida jumpa kasi borok itu datuk salleh, kasi borok itu musbah, kasi borok itu japlin,kasi borok pandikar. ako jumpa poll managai pamimpin kota belud. tarus tarang ako tiada undi ito poll.

    kao abunawas taruskan sarita, kasi bosok ito mushram, ako tarus sarita ito ruslan.okey. kalo ako bole tulis basaha cina, ako tulis sini, tapi kao ta tao.

    BalasPadam
  10. salam. sila lah ziarah ke blog saya

    BalasPadam