Rabu, 25 November 2009

SIAPA SYAITAN /IBLIS BAGI MUSRAM RAKUNMAN?


Seorang yang dihormati tidak akan sampai melontarkan rasa kesyaitanan yang sebegitu. Kerana apabila ada orang yang mempertikaikan mengenai kewajarannya mendapat bantuan daripada YB tempat dia mengampu, maka dia melenteng, dia marah, dia berdendam,dia memaki ..sehingga melabelkan blogger KB yang tidak beridentiti sebagai syaitan dan Iblis. Ituah MUSRAM RAKUNMAN ,yang pernah juga berselindung di sebalik blog tidak beridentiti DAYANGWULAN..

Amat malang dan sedih kerana, pada asasnya MUSRAM tidak suka ditegur, tidak suka diambil tahu, tidak suka dipertikai...kenapa seorang yang terpelajar, seorang yang rapat dengan YB KB, seorang bekas kakitangan Kerajaan dan swasta, seorang ahli pemikir, seorang penganalisis..begitu melenteng apabila blogger KB, mempersoalkan dia dapat projek membaiki jalan raya menuju di rumah mertuanya di Rampayan Ulu.

Blogger termasuk palingberani, dan Berani kerana benar , Sitti farhana, dan beberapa lagi..masing-masing membuat post istimewa buat MUSRAM apabila dia sendiri merakamkan kegembiraannya memperolehi peruntukan DUN daripada Datuk Musbah sejumlah RM 6000. Kewajarannya itu dipertikaikan kerana ramai lagi yang memerlukan bantuan sedemikian berbanding MUSRAM seorang yang sudah lama mengecapi nikmat kesenangan Wang Kerajaan yang sebenarnya wang rakyat...?

Perhatikan coretan MUSRAM ini...

"....manusia yang tidak terpengaruh dengan kelibat syatitan ini, adalah manusia yang dikurniakan ketahanan diri. Syaitan akan terus menggodanya, sehinggakan orang yang dicemburui tersebut bertindak balas. Kalau yang cemburu itu memaki hamun dan membuat fitnah, maka orang yang dicemburui tadi bertindak lebih ganas lebih dahsyat, maka bertempik lah syaitan atau iblis,kerana berjaya.

Sama lah para bloger Kota Belud yang tidak beridentiti.. dalam fikiran mereka, hanya satu.. hentam sahaja.. kerana tiada yang kenal,kerana gambarpun tiada, nama sebenarpun tiada. Kerana itu lah mereka mengubah diri mereka dalam kelompok syaitan/iblis..."

Ulasan saya:

Bagaimana dgn tindakan MUSRAM menggunakan Blog DAYANGWULAN untuk menghentam para pemimpin dan orang perseorangan dulu..termasuk beberapa blogger hingga menimbulkan kerisauan..Tetapi yang peliknya ialah ada Blogger yang kena hentam oleh MUSRAM tidak sampai memaki ,mencaci dan mencarut sehingga malabelkan orang lain sebagai Syaitan dan Iblis.

Maka itu kita dapat mengetahui bagaimana sebenarnya MUSRAM RAKUNMAN ini..patutlah kedudukan yang pernah dipinjamkan oleh Allah SWT kepadanya suatu ketika dulu tidak bertahan lama. Nilailah sendiri...!

"....Manusia syaitan/iblis seperti mereka hanya suka kalau orang yang membantu rakyat akan terus terpinggir, kerana ilmu syaitan/iblis adalah demikian. Manusia seumpama ini, hanya dikurniakan akal dan fikiran untuk merosak, kerana itu..apapun perbuatan mereka, betapa rajinnya pun mereka,hidup mereka tetap tidak berkembang dan tidak maju. Kalau dahulu dapat makandan minum, demikianlah hingga ke akhir hayatnya.

Saya telah terbiasa dianyaya, namun hingga kini walaupun tanpa sebarang jawatan.. saya tetap boleh hidup seperti orang lain. Orang yang menganyaya saya malah hidup lebih teruk dan ada yang telah lumpuh dan mati.
..."

Saya hairan dan sedih membaca perenggan ini, kerana seolah-olah blogger di KB yang menjatuhkan dia dulu..seolah-olah blogger di KB yang menganiyakan dia...

MUSRAM....
Berfikirlah semula..kerana anda semakin tua dan kerana itu bekaplah dewasa melayan blogger di KB yang jauh lebih muda dari anda...



Isnin, 23 November 2009

PANDIKAR KETURUNAN SULUK..?


Wahai Kak Sitti..
Saya paparkan catatan sdr Asreemoro dalam blognya:http://tausug-global.blogspot.com..



Sementara penulis masih menunggu laporan perang dari Jolo ada baiknya kita melihat selebriti Tausug yang ada di Malaysia. Mungkin individu yang penulis paparkan sebagai Tausug ini menyebabkan kejutan atau histeria "tahap sawan" kepada pembaca. Penulis hanya menulis, kebenarannya kenalah para pembaca sendiri yang menyiasat. Sebenarnya penulis pun hairan, semenjak selesai menerbitkan buku Tausug & Kesultanan Sulu, bermacam individu menelefon dan berjumpa penulis memaklumkan selebriti itu dan selebriti ini adalah Tausug.

Kadang-kadang tengah malam buta pun penulis dihantarkan SMS kebenaran seorang selebriti yang menjadi komposer terkenal di Kuala Lumpur itu adalah Tausug. Dua hari lalu hati penulis mula terdetik untuk menulis tentang hal ini. Berikut ialah pendedahan yang mampu diberikan, sekiranya pembaca ada tambahan atau bangkangan sila kemukakan dalam chatbox:

TERKENAL SEBAGAI SELEBRITI ATAU PEMIMPIN

Pertama:
Almarhum Tun Datu Mustapha bin Datu Harun. Pemimpin Sabah yang tidak akan dilupa sampai bila-bila. Lahir dalam keluarga bangsawan para Datu Diraja Sulu. Seorang pemuzik yang mahir menggesek biola. Beliau adalah Tausug yang fasih berbahasa Inggeris.
Menurut beberapa pihak, Tun Mustapha sebenarnya adalah anak kepada Datu Paduka Muhammad Salleh (Mat Salleh) bukannya anak kandung Datu Harun. Kononnya sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, beliau memberi tahu keluarganya bahawa beliau adalah anak kepada Datu Paduka Mat Salleh.
Pada tahun 2008, seorang sahabat penulis yang sudah agak tua yang tinggal di Sandakan telah menunjukkan gambar seorang pahlawan zaman British menentang Jepun di Sabah ketika dulu. Satu surat penghargaan dari kerajaan British-Australia yang dilekat sekeping gambar hitam putih mirip rupa Tun Datu Mustapha. Bila penulis tanya mengapa rupanya seperti rupa Tun Mustapha beliau mengatakan bahawa gambar tersebut adalah sepupu sekali kepada Tun Mustapha. Ayah mereka adik beradik, ayah Tun Mustapha ialah Datu Mat Salleh. Hal ini bukanlah mengejutkan kerana penulis telah pun dengar bahawa Tun Mustapha ialah anak Mat Salleh semenjak di sekolah rendah lagi. Siapa yang berminat melihatnya sila hubungi penulis.





Kedua:
Kenal wanita jelita ini? Beliau ialah heroin filem Laksamana Do Re Mi, salah satu filem P. Ramlee yang ditayangkan pada 1972. Penulis tidak ingat nama asalnya tetapi P. Ramlee memanggilnya Dayang Sulu.
Tidak lama dulu penulis terbaca biografi beliau dalam satu majalah wanita. Beliau menceritakan secara panjang lebar penglibatannya dalam industri perfileman era P. Ramlee. Beliau berasal dari Pulau Sulu yang menetap di Sabah. Entah bagaimana P. Ramlee datang ke Sabah lalu terlihat Dayang Sulu, langsung ditawarnya berlakon dalam filem Laksamana Do Re Mi.

Dayang Sulu berketurunan Sama-Bajau yang sekarang menetap di Kuala Lumpur bersama suami dan anak-anaknya yang sudah besar panjang. Dayang mempunyai makna yang indah dan menawan dalam bahasa Sulug. Dayang membawa maksud "seorang wanita jelita yang tinggal di Istana Sultan" dan seringkali juga dimaksudkan sebagai "Puteri Raja". Dalam bahasa Sulug "Dayang" biasanya akan disebut "Dang" sahaja bergantung kepada situasi. Sebagai contoh, nama isteri Datu Mat Salleh bernama Dayang Bandang tetapi hanya disebut sebagai Dang Bandang sahaja.




Ketiga:
Pija, gaya seorang jelitawan Tausug yang tengah naik namanya ketika ini. Kebetulan penulis berkawan dengan ayahnya dalam Persatuan Suluk Bersatu Sabah (PSBS) cawangan Lembah Kelang. Ayahnya seorang ahli politik yang penulis panggil sebagai Ustaz Yasin, fasih berbahasa Arab, Inggeris, Melayu, Sulug dan loghat Sama-Bajau serta fasih berbahasa Tagalog dan Visaya. Power bapak dia ni.
Ibu Pija adalah seorang wanita mithali kerana mampu membesarkan 15 orang anak hasil perkongsian hidup dengan Ustaz Yasin. Baru-baru ini penulis terserempak dengan ibu Pija di majlis kahwin seorang lelaki Tausug di Setapak, penulis tanya apa rahsia beliau berjaya melahirkan 15 orang anak (termasuk Pija) dan masih kelihatan begitu muda. Beliau menjawab "Akak kahwin muda ketika usia 16 tahun dengan Utaz Yasin dan zikrullah". Power betul lah dorang nih...hehehe.





Keempat:
Julfekar, adalah nama yang tidak asing lagi di Malaysia. Sejak kebelakangan ini beliau telah menjadi "hangat" oleh kontroversinya dengan Farawahida. Ugut sana ugut sini sampai peringkat mahu dedah foto bogel Farawahida. Bagi penulis ini adalah permainan media, dalam masa yang sama mahu naikkan nama Farawahida dan Julfekar.
Julfekar adalah Tausug, keluarganya berasal dari Parang, Jolo. Ketika penulis bekerja di Syarikat perfileman tahun 2000 dulu, beliau telah menjadi penyanyi dan komposer kepada soundtrack filem Anaknya Sazali terbitan Eurofine Sdn Bhd. Sejak itulah penulis mengenalinya, loghat bahasa Sulugnya adalah loghat Jolo. Sekarang beliau semakin naik sebagai komposer, kita doakan semoga beliau berjaya.




Kelima:
Den Bisa adalah Tausug Sabah dari etnik Sama-Bajau asal Semporna. Sebelum menjadi artis solo Skyline beliau pernah menjadi vokalis satu kumpulan rock yang pernah terbit di Kuala Lumpur. Hari ini beliau sangat dikenali di kalangan masyarakat Sulu di Sabah. Suaranya yang merdu dan mendayu-dayu menjadi siulan.
Sejak dulu suara vokal Den Bisa adalah salah satu suara kegemaran penulis. Den Bisa walau pun bahasa hariannya adalah bahasa Melayu dan Sama-Bajau tetapi masih fasih berbahasa Sulug. Satu lagunya yang sangat terkenal dalam bahasa Sulug bertajuk "Biraddali" (Bidadari) telah menjadi siulan remaja Sulu bermula dari Sabah sehingga ke Jolo dan Zamboanga, lagunya sentiasa berkumandang.
Klik untuk melihat/mendengar lagu Biraddali.





Keenam:
Ahli politik Tausug dari Semporna, Sabah. Datuk Seri Shafie Apdal, datuknya dari etnik Sulug, Jolo dan ibunya dari etnik Sama-Bajau adalah orang yang bertanggungjawab menghidupkan Pesta Lepa-Lepa atau Pesta Sambulayang yang diadakan setiap tahun di Semporna.
Pesta Lepa-Lepanya menjadi kejutan budaya kepada Sabahan yang selama ini tidak pernah didedahkan dengan Pesta Kesultanan. Sebenarnya Pesta lepa-Lepa ialah Pesta Sambulayang iaitu suasana perarakan di laut menyambut Sultan Sulu dan para Datu Diraja. Sultan Sulu semenjak dulu telah memberi keistimewaan kepada etnik Sama-Bajau di laut untuk mengarak atau menyambut ketibaan Sultan.
Satu protokol yang telah membudaya dalam institusi Kesultanan Sulu. Etnik atau kaum Taguimah mempunyai perhubungan yang panjang dengan etnik Sama-Bajau yang mahir dilaut dan penyelam yang handal. Para sarjana barat menggelar etnik Sama-Bajau di Sulu adalah penyelam yang terbaik di dunia. Malah ketika era Sulu Zone, Sama-Bajau lah yang menjaga laut bersama etnik Iranun. Maka, sebagai mengingati sejarah, Datuk Seri Shafie Apdal telah berjaya melestarikan kebudayaan Tausug & Kesultanan Sulu di Semporna.






Ketujuh:
Datuk Seri Pandikar Amin Mulia, siapa yang tidak kenal dengan lelaki tegas dan berani ini di Parlimen? Pertama kali dalam sejarah, Karpal Singh telah dihalau secara paksa oleh beliau dari persidangan Parlimen tidak lama dulu. Ketegasan dan keberanian beliau sebenarnya adalah watak asal nenek moyangnya.
Beliau berketurunan Iranun dari Pantai Barat Sabah. Moyangnya berasal dari teluk Ilana, Mindanao. Setelah kedatangan Spanyol, Iranun bergabung dengan etnik Taguimah, Buranun dan Sama-Bajau Balangingi dari Sulu. Oleh kerana etnik Iranun biasa di laut, maka Sultan Sulu dan Sultan Qudarat dari Mindanao menugaskan Iranun bersama Bajau Balangingi menjaga Laut Sulu, Laut sekitar Mindanao, Sulawesi dan Borneo.
Antara tugas mereka ialah menjaga para pedagang Sulu di perairan Selat Melaka dan Laut China Selatan dari serangan Belanda, Inggeris dan Spanyol. Hinggakan sehingga hari ini nama "Iranun" telah dimasukkan ke dalam Kamus Dewan DBP sebagai "LANUN" atau perompak laut. Rasanya DBP kena mengkaji semula istilah Lanun ini, lebih baik menggunakan "perompak laut" sahaja bukannya Lanun yang merujuk kepada etnik Iranun. Bagi penulis secara peribadi, istilah Lanun ini dengan memaknakan sebagai Perompak laut sangat menghiris perasaan.





Kelapan:
Tun Sakaran Dandai berasal dari Semporna, Sabah. Pernah menjawat sebagai TYT Negeri Sabah dan sekarang giat dalam USIA sebagai Yang Dipertua USIA. Beliau berketurunan Sama-Bajau dan fasih berbahasa Sulug. Di Sabah terutamanya di Semporna, beliau sangat dihormati oleh masyarakat Sulu.
Hari ini beliau sangat aktif berdakwah bersama USIA dan salah seorang dari pengamal Tareqat Naqsyabandi yang setia. Beliau tidak seperti dulu aktif berpolitik, hari ini hanya anak-anak beliau sahaja yang berpolitik menyambung perjuangan lama Tun Sakaran.
Menurut beberapa orang, Tun Sakaran adalah anak angkat kepada Dandai. Tun Sakaran kononnya adalah anak dari etnik Tidung yang dipelihara oleh Dandai, persis sama apa yang berlaku kepada Tun Datu Mustapha yang dipelihara oleh Datu Harun. Untuk mengesahkan hal ini penulis mengesyorkan kepada sesiapa yang inginkan jawapan silalah berjumpa Tun Sakaran sendiri mendapatkan kebenaran dakwaan ini, lagi pun beliau masih hidup sihat walafiat.




Kesembilan:
Amy @ Suhaimi, seorang rockers terkenal tanahair Dalam http://www.muzikrock.com dinyatakan beliau berasal dari Johor, berketurunan Bugis.
Seorang sahabat yang datang dari Jolo memberitahu penulis bahawa seorang wanita mengaku adik Amy bahawa beliau adalah berketurunan Sulug dari Jolo atau kepulauan Sulu. Menurut cerita kononnya beliau telah dibawa ke Sabah oleh keluarga angkat kemudian dapat peluang berhijrah ke Semenanjung Malaysia sehinggalah beliau menjadi penyanyi terkenal.
Dakwaan Amy sebagai Tausug bersumberkan dari saudara Neldy Jolo. Menurut saudara Neldy, beliau tahu hal ini setelah adik perempuan Amy telah menjadi Class-mate beliau di salah satu University di Filipina. Dengan siap menunjukkan gambar ketika kecil Amy dan adik perempuannya menyebabkan Neldy terpaku. Menurut Neldy lagi, secara diam-diam Amy menjemput makciknya dari Zamboanga tinggal bersamanya di Kuala Lumpur.
Malah ketika konsert Amy di Sandakan beberapa tahun lalu, Amy berkenan dengan jemputan kawan-kawan Tausug makan Siyanglag dan Piyutu di pasar Sandakan.
Bro Neldy, sekiranya anda terbaca artikel ini, sila betulkan kalau ada yang salah tulis terutama cerita tentang Amy Search ini. Hehehe....!!
Manik Kayangan ada beri komen membina menyarankan penulis mendapatkan pengesahan dari Amy sendiri. InsyaAllah, kiranya ada peluang pasti penulis bertanya kepadanya. Penulis katakan ini adalah dakwaan saudara Neldy kerana bersumberkan dari yang beliau katakan sebagai "Adik Amy" di Universiti tempat beliau belajar. Sekiranya salah, abaikan sahaja.



Kesepuluh:
Sultan Iskandar Johor, berdarah Makassar dan Tausug (sebelah Ibu). Baginda kemungkinan besar mempunyai pertalian dengan Puteri Siti Lahamma yang berada di Johor dan Singapura sebelum persetujuan MAPHILINDO pada 04.04.1954 (sehingga termeterai pada 1964). Anak kepada Puteri Siti Lahamma ialah Almarhum Raja Hussein yang anak-anaknya sekarang menetap di Singapura, Raja Hussein ini adalah Tausug dari Sulu dan satu-satunya yang menandatangani MAPHILINDO dari pihak Kesultanan Sulu, tanpa beliau Malaya tidak akan dapat kemerdekaan pada 1957. Gambar Puteri Siti Lahamma dan Puteri Siti Lalay masih berada dalam Muzium Johor hari ini.
Menurut Saudara Jalsani, abangnya pernah tersesat di Johor hampir sepuluh tahun lalu terjumpa dengan kerabat Diraja Johor secara kebetulan. Beliau memeprkenalkan dirinya sebagai Tausug berasal dari Jolo dan menetap di Sabah setelah beliau ditanya. Kerabat Diraja Johor itu langsung membawanya ke Istana lalu memperkenalkannya kepada Sultan Iskandar.
Beliau dilayan sebagai saudara dan bersembang panjang dengan Sultan Johor sambil mengatakan bahawa Baginda adalah Tausug. Sebenarnya penulis tidaklah hairan adalah kerana pertalian Tausug dengan bangsa Tanah Siam-Melaka dan Sumatera-Riau ketika era Sulu Zone lagi.





Kesebelas:
YB Datuk Hj Hajiji Hj Noor adalah berketurunan Sama-Bajau Kota Belud. Menurut sejarah, Sama-Bajau dari Kota Belud adalah dari Sama-Bajau Balangingi. Asal mereka ialah di Kepulauan Sulu yang bertugas menjaga Laut Sulu (merangkumi Sulu Zone) bersama kaum atau etnik Iranun. Sebagaimana Iranun, Bajau Balangingi adalah terdiri dari pahlawan yang tiada tolok bandingnya di lautan luas.
Mereka mula menduduki Pantai Barat Sabah bersama Iranun sejak kurun ke-17 lagi. Ketika itu ikatan kekeluargaan antara Sultan Sulu, Sultan Mawallil Wasit @ Raja Bungsu dengan Sultan Qudarat dari Mindanao begitu rapat sebagaimana rapatnya hubungan Sultan Sulu dan Sultan Brunei. Ini menyebabkan Iranun bergabung dengan Balangingi menjaga laut bersama demi kepentingan umat Islam.
Hari ini, Balangingi dan Iranun telah berasimilasi sesama mereka di Pantai Barat Sabah dan terpisah agak lama dengan induk mereka di Sulu dan Mindanao. Iranun dan Bajau Balangingi Kota Belud tidak lagi pandai bertutur bahasa Sulug seperti moyang mereka dahulu. Walau bagaimana pun mereka tetap dibangsakan sebagai Tausug kerana faktor sejarah.


Sumber: http://tausug-global.blogspot.com

Rabu, 18 November 2009

ADUHAI SITTI FARHANA , BLOGGER PAGIPAGI DAPAT PERUNTUKAN DUN TEMPASUK


Aduhai lah Sitti Farhana,

Seorang blogger Pagipagi namanya
merasa bertuah kerana mendapat nama pada alam maya
sebab itu memaparkan kehebatannya
ADUN TEMPASUK mendengar bicaranya
Jalan ,lorong peribadinya bermandi batu gravel nilainya RM 6000
katanya sudah 50 tahun lorong itu sepi tanpa diberi makan santapan wakil rakyat
katanya seorang PKR ada menghubunginya..

Siapa tidak kenal dengan Baghdad Turogan
Tinggi lampai seorang kontraktor pilihan
ada syarikat ada rumah besar beristeri dua
dimana-mana majlis keramian boleh dijumpa

Aduhai Sitti Farhana
apa gerangannya rakyat kita yang masih tidak ada jalan nan raya
lebih ramai dari seorang blogger
kenapa ADUN TEMPASUK tak memberikan jua

Aduhai Sitti Farhana
Aduhai sayang seribu sayang
kerana projek itu hanya seorang.

Selasa, 17 November 2009

SITTI FARHANA


Teringat lagu sebuah kumpulan rock di negara ini, bila mendengar nama Farhana...eeee geli gelemen orang ulu menyebutnya..lebih-lebih lagi bila blog Sitti Farhana ini menjadi persinggahan beberap orang blogger Kb yang berpengalaman..bukan kerana kebenaran fakta penulisannya tetapi lebih kepada serkap jarang yang dibuatnya..memang benar-benar tidak masuk dek akal hujag dan penulisan Sitti ini..

Bolehkah dikatakan, KB sebuah daerah yg membangun pesat di Sabah..? ada akai ka cakap macam tu..? tak nampak kah apa yang berlaku di Kb...air paip pun tak ada..membangun apa namanya...Hairan juga saya dan beberapa orang ahli fikir yang turut serta pening kepala dibuatnya..

DR JEFRRY PENGACAU DALAM PKR DAN PBS

sejak awal lagi para penyokong Dr.Jeffry dalam PBS yang masih setia meragui tindakan pemimpin itu keluar dari PBS dan menyertai banyak parti politik lain. Setiap kali singgah di parti politik tertentu setiap kali juga dia menimbulkan masalah kepada parti tersebut, antaranya PBRS, AKAR dan kini PKR.

Bagi penyokong PBS dia ni adalah pelakon opera politik yang maha dahsyat..sehingga ingin sangat membuat kontrovesi dan menjadi perhatian umum. Kini sebagai membuat helah dia mengenakan syarat kepada PKR pusat supaya mendengar kembali kegagalannya memimpin PKR Sabah pada PRU yang lepas. Antara saratnya ialah PKR Sabah harus diberikan autonomi penuh tanpa campur tangan PKR Pusat..Gila sudah agakanya DR. Jeffry ini.

Dia pengacau di dalam PKR juga di dalam PBS..jangan dipeduli pemimpin sebegini.

Sabtu, 14 November 2009

CATATAN AWAL DAN PERMULAAN

CATATAN AWAL DAN PERMULAAN