Khamis, 22 Julai 2010

BERIKAN RUANG KEPADA MUSLI OLI UNTUK MEMBERI PENJELASAN !


Saya tetap masih mengikuti kes/skandal antara blogger Seliu-liu iaitu Sdr Azrone dengan blogger Sekali Ketuk, sdr Musli Oli. Nampak gayanya serangan demi serangan dilakukan kepada Musli Oli melalui beberapa blog seperti Siti Farhana, Lamad diki dan seliu-liu sendiri. Serangan itu tidak pastilah sama ada kena pada sasaran atau melencong dan menjadi peluru sesat yang boleh menyebabkan kecederaan kepada orang lain.

Al kisahnya bermula bila Azrone mendakwa Musli Oli mencadangkan pemecatannya sebagai wartawan Berita Harian dalam Facebook. Sejak itu pelbagai cerita panas Musli Oli dikeluarkan melibatkan kerjaya awalnya di Kastam dan juga beberapa cerita lama yang diberikan nafas baru.

Setakat ini Musli Oli lebih suka mendiamkan diri dan tidak mahu terlibat dalam 'perang saraf' yang dikatakan oleh beliau sebagai membuang masa dan tidak patut dilayan. Walau bagaimana pun cerita ini telah sedikit sebanyak menjejaskan reputasinya sebagai salah seorang penggiat politik di KB, selain menjadi pengerak kepada beberapa NGO di negeri dan di negara ini.

Saya berpendapat agar Musli Oli diberikan ruang yang secukupnya untuk memperjelaskan keadaan yang berlaku, supaya tidak timbul tanggapan negatif keatas beliau. BERIKAN MUSLIOLI RUANG UNTUK MEMBERI PENJELASAN.

Rabu, 26 Mei 2010

BILA PERBALAHAN MUSLI OLI DAN SELIU-LIU AKAN BERAKHIR?




Salam hormat buat peminat blog ini..lama sudah saya tidak menulis..tetapi dengan kekuatan sedia ada yang dikurniakan tuhan, saya masih mengikuti perkembangan para blogger di Kota Belud ini..walaupun tidak serajin dulu tetapi masih tetap ada ruang untuk membaca hasil karya para rakan blogger ini..syabas buat kalian..


Dalam banyak banyak blog itu saya masih lagi sempat mengikuti penulisan blog seliu-liu seorang wartawan Berita Harian yang dikatakan telah 'dicadangkan' pemecatannya oleh Musli Oli..itu cerita seliau-liu, sedangkan Musli Oli pula hanya menghubungi majikan seliau-liu untuk meminta kakitangannya ini diberikan nasihat sebabnya seliu-liu begitu lantang mengkritik dan mempersendakan Datuk Salleh Tun Said yang sekarang ini 'boss' kepada Musli Oli...


Kedua-dua orang blogger ini mempunyai hujah dan pendirian masing-masing, tetapi dari risikan saya mereka ini juga mempunyai ikatan persaudaran..jadi kenapa harus berbalah hanya denagn isu jalanraya Bypass...jalan raya itu sudah lama siap ..apakah dia akan kembali kepada semulajadi..?


lebih baik lupakan perbalahan itu dan kembali rapatkan saf supaya blogger di Kb terus memaikan perana yang penting dalam dunia cyber di sabah dan di malaysia khasnya.


salam hormat.




Rabu, 17 Mac 2010

BLOGGER SENJALIZA DI KECAM KERANA BERAT SEBELAH


Di kalangan blogger Sabah..blog Senjaliza.Blogsport sudah tidak asing lagi kerana lebih duluan Imbang Penuh'amakan garam' dari blogger lain. Tetapi blog ini dilihat terbawa-bawa oleh stail blogger semenanjung yang anti parti politik tertentu sehingga mengenapikan etika penulisan. Perkataan seperti bangsat, sial dan macam-macam lagi sudah biasa ditemui.



Dengan mengharapkan agar blognya mendapat perhatian, maka blogger Senjaliza yang kalau di ikutkan posting terbaru Watababai.Blogsport adalah bekas kepada setiuasaha politik Tan Sri pandikar Amin yang juga sekarang telah bersara dan berkerja sebagai pensyarah sambilan OUM. Iaitu Kibin Samad. Beliau ini (blog Senjaliza) tidak langsung menimbang dgn akalnya sebaliknya bersembunyi di sebalik gamar perempuan .



blogger di KB juga sudah tidak suka dengan blogger senjaliza yang suka mengaibkan dan mempersendakan orang lain terutama pemimpin Pembangkang..sedangkan banyak isu yang sepatutnya boleh dipaparkan secara adil dan berhemah.

Kecaman ini boleh dilayar di alamat berikut :http://suarakeramat1.blogspot.com/.

Jumaat, 12 Mac 2010

SIAPA BAKAL CALON PAS DI KOTA BELUD ?


Sesiapa yang pernah melalui tahun 1986, mungkin tidak akan melupai bahawa pada tahun itu PAS telah 'menurunkan' calon dalam kawasan Parlimen Kota Belud. Calon pilihanraya tersebut adalah orang tempatan iaitu Allahyarham Jamlidi Oli iaitu abang kepada Sdr. Musli Oli, seorang penulis anak kelahiran daerah Kota Belud yang juga sekarang ini aktif berpolitik dalam bahagian UMNO berkenaan. Perkembangan ini telah membawa kepada penubuhan Dewan Pemuda PAS Sabah pada 13.November.1988. yang dirintis oleh golongan muda yang berkerja di Jabatan -Jabatan kerajaan dan swasta. Muktamar yang pertama telah diadakan pada tahun 9189 di pusat Tarbiyah Kota Kinabalu. Parti PAS mula bergerak secara perlahan di sekitar 4 daerah iaitu Tawau, Kota Belud,sandakan dan Kota Kinabalu. Dan sehingga kini KOTA BELUD dilihat sebagai daerah yang berpotensi besar untuk PAS merampas kerusi peringkat DUN dan sekurang-kurangnya mengurangkan majoriti calon lain di kawasan Parlimen.




Antara kawasan DUN di daerah Kota Belud, yang ditandingi ialah DUN USUKAN dan DUN TEMPASUK. Ini kerana kedua-dua DUN berkenaan majoriti penduduknya ialah dari suku Bajau dan Iranun yang beragama Islam. DUN KADAMAIAN dikatakan sukar ditembusi kerana penduduknya yang non-muslim. Dalam Pilihanraya yang lepasa USUKAN telah ditandingi oleh calon PAS dari suku Iranun, tetapi gagal mendapat kepercayaan untuk diangkat sebagai wakil rakyat di kawasan itu. Sejarahnya akan tercatat, bahawa rakyat di kawasan berkenaan setidak-tidaknya sudah melihat perjuangan parti Islam itu. Sebagai permulaan, di daerah Kota Belud, sudah ditubuhkan sebuah pusat tarbiyah atau sekolah Pondok berasaskan pengajian sistem pondok seperti di semenanjung iaitu di Kg. Rosok yang diberi nama pondok Fil Zilalil Quran sebagai persediaan melahirkan pejuang islam yang bertakwa di masa hadapan.




Orang Kota Belud juga pernah menyandang Jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS negeri Sabah iaitu Allahyarham Datu Bandira Datu Alang juga dari suku Iranun. Perjuangan PAS di Kota belud ini masih lagi diteruskan oleh beberapa orang dari suku ini. Dan bakal diramalkan, pada PRU-13, nanti daerah Kota Belud sekali lagi akan menjadi gelanggang calon PAS dari anak tempatan sendiri untuk menawarkan diri sebagai pilihan kepada masyarakat setempat untuk memilih pemimpin. Siapakah tokoh yang disebut-sebut itu..?

Sabtu, 30 Januari 2010

SELIU-LIU PANTANG DITEGUR


1.Siapa tidak kenal penulis blog seliu-liu, seorang wartawan yang menawan, namun pantang ditegur. Apabila ada saja penulisan yang tidak bersetuju dengan perjuangannya membela kelompok tertentu, beliau mengecop blogger itu sebagai 'Menghina dan mempersenda'.

2. Bagaimana dengan seliu-liu yang tidak menghormati pandangan orang lain termasuk saudara juga sahabatnya Sdr Musli dan juga mantan ahli parlimen Datuk Salleh Tun Said..?

3. Kini apabila blog Idahan mengusulkan supaya isu pampasan tanah bagi projek Bypass KB-Kudat dirujuk kepada perundangan dan tidak terlalu mengapi-apikan orang lain dengan penulisannya yang bersifat provokasi, dia melabelkan Idahan sebagai menghina dan mempersendakan niat dan tujuannya.

4. Saya mohon dengan Seliu-liu supaya muhasabah diri, jangan terlalu hanyut dengan perjuangan yang sia-sia.

5. Kenapa saya katakan sia-sia, kerana Seliu-liu tidak pernah memberikan cadangan untuk mengatasi permasalahan mereka. Malahan apabila ada cadangan untuk merujuk kepada undsang-undang berbagai-bagai alasan yang diberikan.

6. Kalaupun Datuk Salleh 'ingin' menyelesaikan permasalahan itu, adakah wajar supaya jalanraya itu diroboh atau dipindahkan ke tempat lain, walaupun kos yang tinggi telah digunakan untuk membina jalan raya itu..?

7. Mungkin ada penyesalan juga tetapi, itu bukan bererti bahawa projek itu menindas kerana jika benar bahawa pampasan yang diberikan tidak berpatutan, maka harus ada jalan untuk menyelesaikannya.

8. Saya berharap agar Seliu-liu dapat memikirkan perkara ini.

Selasa, 26 Januari 2010

JALAN RAYA BYPASS KOTA BELUD-KUDAT PERJUANGAN YANG TIDAK BERKESUDAHAN


Lama saya tidak menulis, setelah melayari blog-blog Kota belud, blog Seliu-liu jadi perhatian saya, sebab sdr seorang ini begitu konsisten memperjuangkan isu jalan raya yang dikatakannya sebagai 'penindasan'. Benarkah ?

Apa yang mendukacitakan kita ialah beliau tidak memberikan cadangan berkesan untuk menyelesaikan permasalahan ini. Sebaliknya asyik mempersoalkan kredibiliti Datuk Salleh Tun Said yang kononnya menghilamkan projek itu..Benarkah?

Jalan raya itu telahpun siap dibina..'pengorbanan' yang harus dilakukan ialah sebilangan petani kehilangan sawah padi mereka..dan ada yang tidak terbayar pampasan disebabkan beberapa sebab perundangan yang susah diceritakan oleh orang awam macam kita ini. Kenapa hal ini tidak dirujuk dengan badan perundangan termasuk peguam..? Kenapa asyik dipersoalkan saja..?

Menghentam Datuk Salleh tidak akan memberikan apa-apa penyelesaian kerana beliau telahpun dilantik sebagai penasihat Sains kepada CM..Sedangkan rakyat di Labuan Dan Wakap tetap juga tidak diberikan perhatian..

Saya mencadangkan kepada sdr seliu-liu supaya, membawa perkara ini ke tengah dengan bantuan PERKASA dan mungkin SPRM..Berjuang melalui wadah perundangan ini.Walaupun kos agak tinggi tetapi lebih meyakinkan daripada mencarut dalam blog yang tidak pasti siapa yang membacanya.

Rabu, 20 Januari 2010

DOA MASYARAKAT KOTA BELUD SUPAYA TAN SRI PANDIKAR SEMBUH


Menyahut saranan 'blogger sensasi' kota belud sdri Kelapa Mawar, supaya semua blogger Kota belud memaparkan perkembangan kesihatan Speaker Dewan rakyat, Tan Sri Pandikar adalah suatu usaha murni yang harus mendapat perhatian dari semua pihak.

Oleh itu saya, melalui blog kerdil ini,meminta semua masyarakat di Kota Belud, berdoa supaya pemimpin dari suku Iranun ini yang juga bekas ADUN USUKAN dan ADUN TEMPASUK sembuh dari serangan jantung.