Sabtu, 30 Januari 2010

SELIU-LIU PANTANG DITEGUR


1.Siapa tidak kenal penulis blog seliu-liu, seorang wartawan yang menawan, namun pantang ditegur. Apabila ada saja penulisan yang tidak bersetuju dengan perjuangannya membela kelompok tertentu, beliau mengecop blogger itu sebagai 'Menghina dan mempersenda'.

2. Bagaimana dengan seliu-liu yang tidak menghormati pandangan orang lain termasuk saudara juga sahabatnya Sdr Musli dan juga mantan ahli parlimen Datuk Salleh Tun Said..?

3. Kini apabila blog Idahan mengusulkan supaya isu pampasan tanah bagi projek Bypass KB-Kudat dirujuk kepada perundangan dan tidak terlalu mengapi-apikan orang lain dengan penulisannya yang bersifat provokasi, dia melabelkan Idahan sebagai menghina dan mempersendakan niat dan tujuannya.

4. Saya mohon dengan Seliu-liu supaya muhasabah diri, jangan terlalu hanyut dengan perjuangan yang sia-sia.

5. Kenapa saya katakan sia-sia, kerana Seliu-liu tidak pernah memberikan cadangan untuk mengatasi permasalahan mereka. Malahan apabila ada cadangan untuk merujuk kepada undsang-undang berbagai-bagai alasan yang diberikan.

6. Kalaupun Datuk Salleh 'ingin' menyelesaikan permasalahan itu, adakah wajar supaya jalanraya itu diroboh atau dipindahkan ke tempat lain, walaupun kos yang tinggi telah digunakan untuk membina jalan raya itu..?

7. Mungkin ada penyesalan juga tetapi, itu bukan bererti bahawa projek itu menindas kerana jika benar bahawa pampasan yang diberikan tidak berpatutan, maka harus ada jalan untuk menyelesaikannya.

8. Saya berharap agar Seliu-liu dapat memikirkan perkara ini.

Selasa, 26 Januari 2010

JALAN RAYA BYPASS KOTA BELUD-KUDAT PERJUANGAN YANG TIDAK BERKESUDAHAN


Lama saya tidak menulis, setelah melayari blog-blog Kota belud, blog Seliu-liu jadi perhatian saya, sebab sdr seorang ini begitu konsisten memperjuangkan isu jalan raya yang dikatakannya sebagai 'penindasan'. Benarkah ?

Apa yang mendukacitakan kita ialah beliau tidak memberikan cadangan berkesan untuk menyelesaikan permasalahan ini. Sebaliknya asyik mempersoalkan kredibiliti Datuk Salleh Tun Said yang kononnya menghilamkan projek itu..Benarkah?

Jalan raya itu telahpun siap dibina..'pengorbanan' yang harus dilakukan ialah sebilangan petani kehilangan sawah padi mereka..dan ada yang tidak terbayar pampasan disebabkan beberapa sebab perundangan yang susah diceritakan oleh orang awam macam kita ini. Kenapa hal ini tidak dirujuk dengan badan perundangan termasuk peguam..? Kenapa asyik dipersoalkan saja..?

Menghentam Datuk Salleh tidak akan memberikan apa-apa penyelesaian kerana beliau telahpun dilantik sebagai penasihat Sains kepada CM..Sedangkan rakyat di Labuan Dan Wakap tetap juga tidak diberikan perhatian..

Saya mencadangkan kepada sdr seliu-liu supaya, membawa perkara ini ke tengah dengan bantuan PERKASA dan mungkin SPRM..Berjuang melalui wadah perundangan ini.Walaupun kos agak tinggi tetapi lebih meyakinkan daripada mencarut dalam blog yang tidak pasti siapa yang membacanya.

Rabu, 20 Januari 2010

DOA MASYARAKAT KOTA BELUD SUPAYA TAN SRI PANDIKAR SEMBUH


Menyahut saranan 'blogger sensasi' kota belud sdri Kelapa Mawar, supaya semua blogger Kota belud memaparkan perkembangan kesihatan Speaker Dewan rakyat, Tan Sri Pandikar adalah suatu usaha murni yang harus mendapat perhatian dari semua pihak.

Oleh itu saya, melalui blog kerdil ini,meminta semua masyarakat di Kota Belud, berdoa supaya pemimpin dari suku Iranun ini yang juga bekas ADUN USUKAN dan ADUN TEMPASUK sembuh dari serangan jantung.

Rabu, 6 Januari 2010

DATUK SALLEH SAID WHO IS THE MONKEY ?


Semenjak dua menjak ini, isu “Who Is The monkey ?’ begitu mengambil tempat pada setiap perbicaraan para blogger di KB. Isu ini timbul ekoran daripada ulasan Ketua Umno Bahagian Kota Belud yang juga mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Salleh said Keruak (DSSK), tatkala diajukan pertanyaan kepadanya ,mengenai leteran para blogger di KB yang mempertikaikan kredibiliti dan kegagalannya menerajui perubahan UMNO KB, selain kegagalannya menyelesaikan beberapa permasalahan rakyat yang dikaitkan terus kepada kepimpinannya terutama isu pampasan projek jalan raya Bypass Kota Belud- Kudat yang dikatakan oleh orang kampung yang terlibat sebagai “pampasan kepada Pengemis”. Maka dilaporkan DSSK sebagai berkata “slowy-slowy catch the monkey”… Perlahan-lahan menangkap monyet…

Persoalannya sekarang ialah “who is the monkey”? kerana tabiat monyet ialah selalu membuat kacau, memporakkan hasil tanaman orang, tidak mempedulikan kesan kepada tabiat suka mengacaunya. Dan juga monkey sering dikatakan sebagai haiwan nakal dan bodoh. Maka rasanya adalah sudah terang lagi bersuluh , siapa monkey sebenarnya?..

Para blogger di KB, tidak sangat mempersoalkan peribadi dan sikap DSSK, tetapi yang menjadi isu bagi para blogger ini ialah apabila pendekatan DSSK dalam kepimpinannya di KB langsung tidak mengambil kira sensitivity masyarakat sejak dulu lagi. Projek jalan raya Bypass ini diilhamkannya benar-benar telah membuatkan rakyat di kg Labuan dan wakap begitu tertindas kerana ramai yang masih belum mendapat pampasan yang sepatutnya, selain dikatakan ada juga yang hingga kini belum menerima bayaran pampas an penuh atas tanah merakyang diambil untuk projek itu.

Satu ketika sewaktu menjadi Ketua Menteri, DSSK juga telah membangunkan tanah keluarganya di Kg. Tamau untuk dijadikan sebagai padang Golf, sedangkan Kg Terbabit masih lagi ketiadaan keperluan asas termasuk bekalan air bersih dan juga jalan raya beraspal..

Bukan itu sahaja, Keputusan DSSK ketika itu tidak memberikan cuti umum sempena kemangkatan bapa kemerdekaan Sabah Tun Mustapha telah benar-benar melukai hati penyokong setia pemimpin itu di Kota belud. Kerana dendam politik DSSK tergamak berbuat demikian.Isu ini masih mendapat tempat dihati masyarakat Kota Belud. Kerana bagi mereka Tun Mustapha adalah antara pemimpin di KB yang Berjaya mengangkat daerah ini ke mercu tanda yang tingggi. Oleh itu apabila DSSK digugurkan pada PRU-12 yang lalu, para penyokong Tun Mustapha bersorak gembira dan mengharapkan agar legasi keruak di KB tidak lagi dapat diteruskan.

Apa yang menjadi persoalannya ialah mengapakah DSSK tidak mengambil tindakan atas leteran dan ketidakpuasan hati rakyat dan blogger ini? Apakah kerana terlalu sibuk menyusun strategi untuk dicalonkan semula? Atau mungkin kerana sibuk berangan-angan untuk jawatan KM semula. Khabarnya satu memorandum sedang diusahakan untuk diserahkan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman dan PM, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai hal ini. DSSK seharusnya lebih bersifat terbuka dan gentlemen menghadapi sangkaan masyarakat di daerah ini.