Sabtu, 30 Januari 2010

SELIU-LIU PANTANG DITEGUR


1.Siapa tidak kenal penulis blog seliu-liu, seorang wartawan yang menawan, namun pantang ditegur. Apabila ada saja penulisan yang tidak bersetuju dengan perjuangannya membela kelompok tertentu, beliau mengecop blogger itu sebagai 'Menghina dan mempersenda'.

2. Bagaimana dengan seliu-liu yang tidak menghormati pandangan orang lain termasuk saudara juga sahabatnya Sdr Musli dan juga mantan ahli parlimen Datuk Salleh Tun Said..?

3. Kini apabila blog Idahan mengusulkan supaya isu pampasan tanah bagi projek Bypass KB-Kudat dirujuk kepada perundangan dan tidak terlalu mengapi-apikan orang lain dengan penulisannya yang bersifat provokasi, dia melabelkan Idahan sebagai menghina dan mempersendakan niat dan tujuannya.

4. Saya mohon dengan Seliu-liu supaya muhasabah diri, jangan terlalu hanyut dengan perjuangan yang sia-sia.

5. Kenapa saya katakan sia-sia, kerana Seliu-liu tidak pernah memberikan cadangan untuk mengatasi permasalahan mereka. Malahan apabila ada cadangan untuk merujuk kepada undsang-undang berbagai-bagai alasan yang diberikan.

6. Kalaupun Datuk Salleh 'ingin' menyelesaikan permasalahan itu, adakah wajar supaya jalanraya itu diroboh atau dipindahkan ke tempat lain, walaupun kos yang tinggi telah digunakan untuk membina jalan raya itu..?

7. Mungkin ada penyesalan juga tetapi, itu bukan bererti bahawa projek itu menindas kerana jika benar bahawa pampasan yang diberikan tidak berpatutan, maka harus ada jalan untuk menyelesaikannya.

8. Saya berharap agar Seliu-liu dapat memikirkan perkara ini.

6 ulasan:

  1. salam idahan,

    saya rasa lebih mudah tangani isu pampasan dan isu Kudat By Pass tanpa melibatkan blogger seliu-liu yg agak angkuh dan berpendapat dia sudah terlalu hebat dan tidak boleh ditegur. mungkin kerana dapat anugerah wartawan maka itu dia takbur.

    Saya rasa ramai orang kampung yang mencari penyelesian bukan berkonfrantasi yg tidak membawa sebarang menfaat. orang kampung perlu pampasan. Seliu-liu ada gaji dari Berita Harian dan mempolitikkan isu ini tanpa peduli kebajikan mereka. Semalam dia posting dalam FB menghina keluarga ssk dengan ayat burung "keruak" rosakkan padi orang kampung.

    Saya sendiri akan berusaha bertemu dengan pemimpin kampung wakap dan Labuan dan kampung yang berkenaan dan mengadakan perbincangan.

    InsyAllah minggu hadapan saya akan adakan pertemuan. Perkasa Sabah dengan Lantas.

    salam MO

    BalasPadam
  2. Sdri Idahan,..

    jangan lah kamu peduli itu si Azron sama konco-konconya ( itupun sebenarnya blog lain dai yg punya )..

    saya sudah cakap awal-awal sama itu Kelapa Mawar..tapi dia ndak mau dengar..malah saya pula yg dituduhnya provokasi..

    na sekarang KM sudah kena..si Pipit cakap dia melaga-lagakan suku di KB..

    Kalau Pak Musli pun si azrone perlekehkan, apatah lagi sdri Idahan dan KM..

    bagus kamu delete lah komen dia tu..jangan kasih muka..

    memang si Azrone ni angkuh macam cakap Pak Musli tu..

    BalasPadam
  3. Terima kasih kepada abang Musli yang sudi mampir dan memberikan pandangan mengenai blogger ini..Astaga..kenapalah seliu-liu jadi macam ni..

    BalasPadam
  4. Sdr katakamu..

    blogger ini kena berubah...jangan terlalu ikut perasaan..kita nie ada maruah janganlah dipersendakan..

    saya juga dicapnya sebagai menghina dan mempersendakan dia dan org kampungnya. Astaga..

    BalasPadam
  5. Saudara Idahan,

    1. Pada pandangan saya beliau sebenarnya terlalu terbawa-bawa dengan pencapaian beliau yang tidak seberapa. Barangkali beliau merasakan bahawa beliaulah yang paling hebat di KB sekarang ini sehingga bersikap tidak menghormati orang lain. Barangkali juga, inilah yang dikataka bodoh sombong... kalau beliau merasa bahawa tugas beliau sebagai wartawan sudah cukup hebat, maka beliau juga perlu ingat bahawa ramai juga orang lain yang bertugas sebagai wartawan malah mungkin lebih senior.. Cuma, kalau tidak cukup akal begitlah keadaannya. Jadi, biarlah dia tulis sebanyak manapun yang dia mahu kerana realitinya, beliau hanya pandai cakap... cadangan penyelesaian tiada...

    2. Lebih jelek sikap beliau bila sanggup memperlekeh dan merendah-rendahkan keturunan orang lain.. selain itu, saya juga ada mendengar beliau mendoakan agar DSSK tidak ada rezeki sehingga sehingga 7 keturunan. Saya tertanya-tanya spesis apakah manusia seumpama ini. Inikah pembela masyarakat yang kita mahu?... Saya juga tertanya-tanya dari segi apakah sebenarnya beliau ni lebih baik dari orang lain..? pendidikan? saya fikir ramai lagi orang KB yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi dari beliau. Penulisan? juga lebih ramai yang mempunyai pengalaman menulis dari beliau. Pengetahuan? Saya tidak fikir hanya beliau yang berpengetahuan dalam era cyber sekarang ni. Politik? pada saya, beliau tiada pengetahuan politik langsung... apa lagi?.. yang pasti, beliau pakar dalam mengutuk orang lain, angkuh dan sombong.

    3. Justeru, saudara Idahan... jangan perdulikan ulasan beliau.. bagi dia, hanya dia yang betul, hanya dia yang pandai dan dia lah juara segala-galanya... sungguh kesian... ada juga orang macam ini...

    BalasPadam